Tolong Klik Sini Jap

Sunday, November 13, 2011

Tragedi 11.11.11

Mungkin ramai yang menunggu tarikh cantik 11.11.11 untuk meraikan hari bahagia mereka. namun ini tidak berlaku kepada mangsa-mangsa kemalangan di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan yang terletak 100 meter dari hentian sebelah Behrang pada tarikh tersebut.

Tragedi ini amat menyentuh hati kerana ianya melibatkan bas yang membawa pelajar dan guru dalam perjalanan untuk pergi bercuti. Dari apa yang aku baca, sebenarnya semua mangsa terselamat dan dapat keluar dari bas selepas bas ni terbalik. namun, ajal maut semua ditentukan Allah. Tidak lama selepas semua peserta keluar dari bas,  datang sebuah treler yang membawa guni pasir melanggar bahagian belakang bas dan seterusnya merempuh kumpulan rombongan tersebut.

Peserta rombongan yang terbunuh melibatkan 2 orang pelajar Khairul Anwar Azhan, 15 serta Maysarra Zaidi, 15 dan seorang guru pengiring, Siti Hajar Mohamad. 33. apa yang lebih menyayat hati, kemalangan ini  turut mengorbankan Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, Basarah Saad, 45. beliau bukanlah peserta rombongan yang berada di dalam bas sekolah tersebut, tetapi beliau merupakan peserta rombongan Wanita UMNO yang menaiki bas berlainan. hadir di tempat tersebut semata-mata untuk membantu mangsa kemalangan.

Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban. semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru bukan lah pada waktu bekerja di sekolah semata-mata.


No comments:

Post a Comment