Gambar sekadar hiasan. |
ni ada beberapa tips yang aku dapat dari pemerhatian dan pengalaman kekawan:
- Tulis bahasa kiasan kat wall FB dia. nanti kekawan dia baca mesti dia malu dan bayar hutang dengan segera.
- Gunakan orang tengah untuk tolong tanya.
- Cuba buat-buat miss call.. mana la tau kot-kot dia lupa. bila nama kita naik kat hp dia boleh la dia ingat nanti.
- Tips ni pulak aku dapat dari blog Lincomel , cuba amalkan ayat ni;
“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”
(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. –al-Anbiya’: 87.
Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas kearah beliau, insyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya tasbih diatas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan lain-lain.
Ni jer yang boleh aku kongsi untuk waktu ni. harap-harap 4 tips ni dapat digunakan. Yang penting, jangan sampai putus sahabat hanya kerana hutang . Lagi satu, kalau korang tau orang tu memang jenis yang susah nak bayar hutang, better jangan bagi pinjam lagi elok. daripada korang bergaduh disebabkan hutang tu nanti..
Mungkin ada kawan-kawan yang ada tips lebih bagus, boleh share kan kat ruangan komen yer... thanks.. :)
oh, macam tuh yer. cik tikah x suka kutip hutang & berhutang :)
ReplyDeletememang kalau boleh kita nak elak kan cik tikah.. tapi kekadang tu kesian.. terpaksa jugak bagi.. tapi, ni la yang jadi... ;)
ReplyDelete