Alhamdulillah... akhirnya berjaya gak aku dapatkan hosting dan domain sendiri. tak payah nak tumpang blogspot lagi.
P/S: Ini adalah entry terakhir saya diblog ini.
Mengisahkan cerita kehidupan aku sebagai seorang isteri, umi dan guru dalam kehidupan harianku.
LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.
Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah).
![]() |
Gambar sekadar hiasan. |
kentang yang berusia 44 hari lepas hari pembelian |
begedil idamanku... hehe |
![]() |
gambar ni aku google. tak sempat nak tangkap yang aku buat sendiri..hehe |
Jeritan seorang ibu memanggil anak perempuannya berusia enam tahun, menyelamatkan kanak-kanak itu daripada diculik seorang lelaki warga Kemboja ketika mereka sedang berjalan selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Taman Melati Utama di sini, malam kelmarin. (dekat dengan kawasan rumah aku ni)
Suspek berjaya diberkas bapa mangsa yang mengekori lelaki itu lebih dua kilometer dari tempat kejadian di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu, termasuk mempertaruhkan nyawa melintas (MRR2).Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, Nurfarihah Saifuddin, sedang berjalan bersama ibunya, Rohani Abd Raof, 37, ke kenderaan mereka sebelum tiba-tiba suspek menghulur kedua-dua tangan dan cuba menerkam mangsa menyebabkan wanita berkenaan menjerit memanggil anaknya. suspek yang terkejut cuba melarikan diri sebelum beliau segera memegang tangan Nurfarihah dan memberitahu perkara berkenaan kepada suaminya, Saifuddin Abu Samah, 37, yang menunggu dalam kenderaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
Saifuddin pula berkata, selepas tiga kali berpusing di deretan rumah kedai berkenaan, beliau terserempak suspek yang bersendirian di Petronas tidak jauh dari lokasi kejadian dan terus mengekorinya ke sebuah lagi stesen minyak sebelum lelaki terbabit melintas MRR2 dan berjalan di tepi laluan arah Hulu Klang. Katanya, beliau kemudian meninggalkan kenderaannya di stesen minyak terbabit sebelum nekad untuk turut melintas lebuh raya berkenaan bagi mengekori suspek dan pada masa sama menghubungi polis.
“Sebaik suspek tiba di bawah jambatan berdekatan flet blok F Taman Melati, beberapa anggota polis tiba dan menahannya sebelum dibawa ke balai polis,” katanya.
Saifuddin berkata, kejadian hampir menimpa anaknya mengingatkan beliau dengan kisah pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin kerana pernah bersama-sama bapa kanak-kanak malang itu, Jazimin Abdul Jalil, mencari mangsa kerana mereka berdua adalah rakan sekolah sekitar 1980-an.
![]() |
gambar just nak tunjuk jer. ni sebelum besalin dulu. |
![]() | ||||
fahmi dalam stroller baru di Titiwangsa |
![]() |
hari guru 2011 |
![]() |
muka cikgu yang serius dalam makmal... hehe |
bila bab kelas, insan yang mungkin aku tak lupa dan paling banyak membantu aku sepanjang 2tahun ni tak lain la Monitor aku GERALD. aku tengok dia seorang yang bertanggungjawab dan macam selalu kena buli dengan kawan-kawan dalam kelas ni. selalu nak selamatkan kawan-kawan dia. dan aku paling suka sikap hormat dia kat aku walau camner aku marah dia pun. but, deep inside my heart i want u 2 know that u r da best monitor that i have.
kalau ada monitor mesti ada assistant kan? so, tahun ni MABEL banyak membantu Gerald. tambah2 dalam keadaan aku berbadan dua dan tak larat nak panjat blok baru. juga seorang yang baik dan menghormati guru. tahun lepas AMANDA assistantnya. tapi mungkin tak dapat nak bagi full komitmen sebab majority dalam kelas ni Cina. tu yang diaorang tukar.betul ker?hehe
seterusnya student yang paling banyak tolong aku waktu subjek Kimia CHEE WENG. sangat bertanggungjawab dalam mengutip buku kawan-kawan dan sentiasa update aku sapa2 yang cuba tak buat kerja. tapi selalu tu ada gak yang lepas sebab aku dah tak larat nak kejar macam JONATHAN, RAFIQ, DASHALINEE, MING HIN, LEONG FAI dan beberapa nama lagi yang aku dah lupa. (maklumla. dah bercuti hampir 2bulan. hehe)
JIUN YIN & HER CHIN yang 2orang ni pulak student yang selalu dapat markah tertinggi dalam subjek aku. diaorang selalu bersaing secara sihat. tapi kalau buat eksperimen Her Chin selalu buat aku sakit jantung dengan tindakan yang aku tak jangka. Gang dia yang selalu buat benda merapu dalam makmal tak lain la si CHUN YIT, JING CHON, FOO CHING PHANG, VEAN TAT & KOK HAU. Jing Chon gak dah catat sejarah tahun ni sebab melompat dari makmal fizik ke makmal kimia. kes dia juga menyebabkan Pn Siti Liah bertikam lidah dengan aku.
KIM CHOON, HUEI SHEN, POE KAY. 3pengawas yg suka duduk kat bilik disiplin. tapi kerja aku semua diaorang buat. so, tak de la nak marah sangat. diaorang ni memang kategori student aku yang bersopan, ringan tulang dan menghormati guru.
BALDEEP, DASHALINEE, EDRIC, CHINDURA, JONATHAN, RAFIQ, ELAINE, NAVJIT. ni la insan yang sangat suka mendapat surat cinta dari aku sebab tak datang sekolah. dan maybe diaorang la yang paling happy bila aku cuti bersalin sebab dah tak der sapa yang akan hantar surat cinta untuk diaorang lagi.
LEONG FAI, CHEE WENG, GANG YANG, KAH YAN, CHAI YENG, KELVIN... pantang ada acara diaorang la yang paling sibuk nak keluar kelas pegi susun kerusi meja. maklum la Quatermaster la katakan. kalau time lain aku tak kisah sangat. tapi bila time aku, memang tension la bila ramai yang nak keluar.
PEI SAN, SHU YI, PEI FENN, XIN RUE, SHIN YI, HUI XIAN pelajar yang tak banyak buat bising dalam kelas atau lebih tepat lagi masa aku. waktu lain tak tau la. rasa-rasanya ada ckgu lain komplen PEI FENN banyak cakap masa diaorang. PEI SAN juga orang yang selalu aku harapkan untuk tolong bayar duit maintanance rumah yang aku sewakan kat orang. sebab rumah dia sebelah blok aku jer.Aku rasa ni la kisah student aku untuk kali ni. walau macam mana aku marah diaorang pun, hati aku tetap sayang kat diaorang. aku doakan semoga semuanya berjaya dalam SPM dengan cemerlang terutamanya subjek KIMIA.jumpa lagi masa ambik result next year... all da best n may god bless u all.
aku yakin isu hangat pagi ni kat semua sekolah mesti berkaitan keputusan pertukaran yang korang dah minta kan? aku pun teringin gak nak pindah sekolah sebenarnya. tapi tak der feel lagi nak isi borang tukar nih.. sebab aku selalu fikir, kalau pegi sekolah lain mesti persekitaran dah tak sama.
so, kepada kawan-kawan yang dapat tukar aku ucapkan tahniah. semoga success kat sekolah baru. setakat ni yang aku tau permohonan berjaya Kak Chua, Fazlan Iskandar, kak Khodijah dengan Yoges, ingat2 la kitaorang kat Maluri ni yer..
kepada kawan-kawan yang tak berjaya, sabar yer. maybe belum rezeki lagi. aku seronok sebab akan bersama korang lagi kat Maluri tahun depan. tetiba rasa nak tepek pulak lencana Maluri kat entry nih buat kenangan.. mana la tau nanti kalau aku tukar sekolah jugak..hehe
5 Oktober 2011.. Dalam pukul 4pagi aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.. bila pergi toilet memang sah dah keluar tanda darah sikit. tapi aku x rasa sakit pun. mula-mula aku nak abaikan jer dan sambung tidur balik. tapi aku dok teringat kata-kata kawan aku wan any safrina... takut gak kalau aku terbersalin dalam kereta memandangkan perjalanan nak pegi HKL tu akan menempuh kawasan yang padat dengan kereta sampai pukul 10pagi.. buatnya terperangkap dalam jam, x ker naya jer nanti. pastu aku kejut encik suami ajak pegi hospital. bila dia kata ok maka aku pun bersiap-siap la.. elok azan Subuh berkumandang kitaorang pun bertolak la pegi hospital dalam pukul 6pagi. nasib baik adik-adik ipar aku tidur kat rumah malam ni. so, aku telah mengamanahkan Mohd Hafizuddin aka Din untuk menghantar anak2 aku yang lagi 2 orang (syauqi & dina) tu pegi nurseri.
elok jer sampai tempat parking hospital, air ketuban pun pecah. berdasarkan pengalaman Irdina dulu aku agak lagi 6jam bersalin la ni.. bila dah sampai PAC doc cek bukaan dah 5cm. tapi malang nasib aku sebab masa ni nurse tengah sibuk nak tukar shift. aku nak pegi toilet tapi diaorg tak bagi. tapi semua buat kerja masing-masing mengira stok dan ntah apa2 kerja lagi. bila dah lama sangat tunggu dengan perasaan bengang aku pun turun dari stretcher tu pegi toilet sendiri. ada sorang nurse baru la terkedek-kedek ikut aku. tak bagi aku kunci pintu. masa dalam toilet ni aku rasa macam dah nak bersalin. nasib baik tak terkeluar Fahmi masa ni.hehe. aku pun keluar toilet cakap rasa dah nak terberak dah ni (sebenarnya ni tanda-tanda saat melahirkan dah dekat. sebab kepala baby tekan usus kita. tu yang kita akan rasa maam nak berak)... nurse2 tu apa lagi. soh aku cepat2 naik atas troli dan berlari lah diaornag bawa aku pegi Labour Room aka LR. masa ni aku nengok suami aku tak siap mendaftar aku lagi. aku dah nak masuk LR tu la baru nurse panggil suami aku untuk pergi daftar. memang hampeh perkhidmatan kat PAC ni. dan kalau korang nak tau diaorang ni utamakan warga asing dulu sebab selalunya warga-warga asing ni datang memang dah sakit sangat-sangat. jalan pun dah buka. klau orang tempatan ni konon nya biasa-biasa aje la sakitnya...
bila sampai LR staff kat sini tengah bersantai di waktu pagi. maklum la baru tukar shift. sempat lagi diaornag menyembang2 bila nurse PAC bgtau baru 5cm. tapi bila tengok aku macam dah nak teran habis semua staff tu masuk dalam bilik aku. yang bagusnya semua bagi semangat sebab bila cek kepala baby dah ada. kelang kabut la diaorang buat kerja menyiapkan segala persiapan dan alatan sambil suruh aku tunggu jap. aku pun tak perasan keadaan diaorang yang ramai keliling aku masa aku bersalin tu. sebab yang aku fikir masa ni nak keluarkan baby jer sebab aku dah sakit sesangat. tepat pukul 7.22 pagi terdengar la tangisan anak aku... masa ni la baru rasa lega. hilang segala kesakitan yang aku tanggung.. dan baru la terdengar suara sorang nurse ni cakap 'alamak, tak sempat nak panggil suami puan la'... aku pun senyum jer la. janji baby dah selamat.
dalam pukul 9lebih baru la aku ditolak masuk wad 3A. bermalam la aku kat wad ni selama 1malam sebab masa mengandung aku ada GDM (kencing manis masa mengandung). so, doc akan pantau baby dalam tempoh 24jam baru boleh keluar.
![]() |
Syauqi, Papa, Irdina |
![]() |
Fahmi |