- selalu kena cium oleh abang dan kakak dia (sebelum ni Irdina selsema. tapi dia dah ok, Fahmi plk yang tak elok-elok lagi sampai sekarang.)
- sentiasa berkipas. kalau malam kipas terpaksa dipasang sebab Syauqi dan Dina akan berpeluh-peluh kepanasan kalau tutup kipas.
- fahmi pun sekarang kalau aku matikan kipas akan meragam. bila aku pasang kipas baru dia senyap...
Mengisahkan cerita kehidupan aku sebagai seorang isteri, umi dan guru dalam kehidupan harianku.
Tolong Klik Sini Jap
Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts
Monday, November 14, 2011
Fahmi Sedut Gas...
hari yang ke 41... Walaupun ni anak yang ketiga, tapi ni la 1st time aku bawa anak pegi sedut gas sebab kahak yang banyak dalam badan dia. sebelum ni doktor ada bagi ubat. tapi tak berkesan untuk mencairkan kahak dia.ada beberapa kemungkinan yang aku rasa menyebabkan Fahmi susah sikit nak sembuh :
Budak 6 Tahun Hampir Diculik
Menakutkan betul duduk kat Malaysia sekarang. Macam-macam jenayah boleh berlaku kat mana-mana jer. walaupun kat tempat tumpuan umum. aku sangat-sangat terkesan dengan berita budak 6 tahun yang hampir diculik masa nak pegi kereta lepas makan malam bersama family dia.
apa yang aku baca dari BERITA HARIAN hari ni:
apa yang aku baca dari BERITA HARIAN hari ni:
Jeritan seorang ibu memanggil anak perempuannya berusia enam tahun, menyelamatkan kanak-kanak itu daripada diculik seorang lelaki warga Kemboja ketika mereka sedang berjalan selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Taman Melati Utama di sini, malam kelmarin. (dekat dengan kawasan rumah aku ni)
Suspek berjaya diberkas bapa mangsa yang mengekori lelaki itu lebih dua kilometer dari tempat kejadian di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu, termasuk mempertaruhkan nyawa melintas (MRR2).Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, Nurfarihah Saifuddin, sedang berjalan bersama ibunya, Rohani Abd Raof, 37, ke kenderaan mereka sebelum tiba-tiba suspek menghulur kedua-dua tangan dan cuba menerkam mangsa menyebabkan wanita berkenaan menjerit memanggil anaknya. suspek yang terkejut cuba melarikan diri sebelum beliau segera memegang tangan Nurfarihah dan memberitahu perkara berkenaan kepada suaminya, Saifuddin Abu Samah, 37, yang menunggu dalam kenderaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
Saifuddin pula berkata, selepas tiga kali berpusing di deretan rumah kedai berkenaan, beliau terserempak suspek yang bersendirian di Petronas tidak jauh dari lokasi kejadian dan terus mengekorinya ke sebuah lagi stesen minyak sebelum lelaki terbabit melintas MRR2 dan berjalan di tepi laluan arah Hulu Klang. Katanya, beliau kemudian meninggalkan kenderaannya di stesen minyak terbabit sebelum nekad untuk turut melintas lebuh raya berkenaan bagi mengekori suspek dan pada masa sama menghubungi polis.
“Sebaik suspek tiba di bawah jambatan berdekatan flet blok F Taman Melati, beberapa anggota polis tiba dan menahannya sebelum dibawa ke balai polis,” katanya.
Saifuddin berkata, kejadian hampir menimpa anaknya mengingatkan beliau dengan kisah pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin kerana pernah bersama-sama bapa kanak-kanak malang itu, Jazimin Abdul Jalil, mencari mangsa kerana mereka berdua adalah rakan sekolah sekitar 1980-an.
Aku harap, kita semua dilindungi Allah dari segala jenayah yang berlaku disekeliling kita...
Lindungilah anak-anakku Ya Allah dari kejadian ini..
Sunday, November 13, 2011
Berpantang Hari ke-40
ai.. tak sabarnya la nak tunggu 44hari habis pantang ni. banyak benda yang aku tak sabar nak masak dan nak makan nih.. dah 45hari nanti pun teringin nak minum air sejuk sikit pun jadi la. sekarang tak berani lagi. hari ni baru 40hari.hehe..
bab makan memang aku jaga pantang betul. tapi bab berjalan walaupun belum 44hari aku 'pantang' bila suami aku ajak keluar berjalan. pantang dia sebut jer mesti aku setuju.. hehe. outing pertama Fahmi selain pergi klinik untuk cek kuning dia sebelum ni (aku tak kira yer) kitaorang balik rumah kakak aku kat Kuala Selangor pada hari yang ke31. masa ni kitaorang keboringan beraya di KL. sebab ni 1st time aku dan suami raya haji kat kl lepas kitaorang kawin. sampai aku lupa camner raya kat sini. selalunya kitaorang balik kelantan. kat sana tersangatlah meriah dengan memakan daging korban sepanjang hari dan berhari-hari.. kitaorang balik hari jer. balik dari rumah kakak aku tu, sempat la aku merewang masuk NSK cari barang dapur sikit. Fahmi adik aku jaga dalam kereta sebab masa dah nak malam.
lepas tu semalam pulak hari ke 39 Fahmi melihat dunia. sekali lagi kitaorang keluar sebelum waktunya. hehe. tujuan awal nak pergi Tasik Titiwangsa bawa Fahmi ambik matahari pagi. elok jer siap, nak masuk kereta hari pun hujan. Syauqi & Dina bukan nak masuk rumah balik. akhirnya aku tukar fikiran pegi Tesco jer beli stroller. senang sikit nak berjalan. petang tu akhirnya kitaorang pegi juga Titiwangsa ambik angin. nasib baik tak ikut Papa dengan Syauqi pegi jeti naik sampan. kalau tak confirm kena hujan la. kitaorang tunggu tepi tasik jer. sempat la lari masuk pondok bila nak hujan. Ni sampan yang diaorang naik.
![]() |
| gambar just nak tunjuk jer. ni sebelum besalin dulu. |
![]() | ||||
| fahmi dalam stroller baru di Titiwangsa |
hari ke-40 berpantang... sebenarnya sekali lagi kitaorang sepatutnya pegi main layang-layang kat Taman Metro Prima. tapi hari hujan la pulak. so, niat terpaksa dibatalkan. just duduk rumah jer la nampaknya. sebagai ganti, esok papa janji nak bawa Syauqi pergi ofis. (maklum lah bos tengah pegi haji. boleh la bawa anak.hehe)
itu jer coretan aku untuk hari ni... jumpa lagi di lain entry.. assalamualaikum... ;)
Thursday, November 10, 2011
Hadirnya Fahmi Aqasha...
memandangkan aku tengah cuti bersalin ni.. maka entry aku yang kedua ni adalah cerita saat-saat Fahmi Aqasha dilahirkan. Alhamdulillah antara ketiga-tiga anak aku Fahmi adalah yang paling senang untuk dilahirkan sebab aku tak perlu menjalani pembedahan ataupun induce macam anak-anak yang sebelum ni. Semoga Fahmi juga akan menjadi anak yang soleh dan mempunyai akhlak terpuji...
kesimpulannya, aku terlalu bersyukur kali ni. sebab walaupun terlalu banyak ujian yang datang sepanjang aku mengandungkan Fahmi, tapi ALLAH memudahkan urusan kelahiran anak aku kali ni. ALHAMDULILLAH atas rezeki dan nikmat yang KAU ber Ya Allah...
5 Oktober 2011.. Dalam pukul 4pagi aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.. bila pergi toilet memang sah dah keluar tanda darah sikit. tapi aku x rasa sakit pun. mula-mula aku nak abaikan jer dan sambung tidur balik. tapi aku dok teringat kata-kata kawan aku wan any safrina... takut gak kalau aku terbersalin dalam kereta memandangkan perjalanan nak pegi HKL tu akan menempuh kawasan yang padat dengan kereta sampai pukul 10pagi.. buatnya terperangkap dalam jam, x ker naya jer nanti. pastu aku kejut encik suami ajak pegi hospital. bila dia kata ok maka aku pun bersiap-siap la.. elok azan Subuh berkumandang kitaorang pun bertolak la pegi hospital dalam pukul 6pagi. nasib baik adik-adik ipar aku tidur kat rumah malam ni. so, aku telah mengamanahkan Mohd Hafizuddin aka Din untuk menghantar anak2 aku yang lagi 2 orang (syauqi & dina) tu pegi nurseri.
elok jer sampai tempat parking hospital, air ketuban pun pecah. berdasarkan pengalaman Irdina dulu aku agak lagi 6jam bersalin la ni.. bila dah sampai PAC doc cek bukaan dah 5cm. tapi malang nasib aku sebab masa ni nurse tengah sibuk nak tukar shift. aku nak pegi toilet tapi diaorg tak bagi. tapi semua buat kerja masing-masing mengira stok dan ntah apa2 kerja lagi. bila dah lama sangat tunggu dengan perasaan bengang aku pun turun dari stretcher tu pegi toilet sendiri. ada sorang nurse baru la terkedek-kedek ikut aku. tak bagi aku kunci pintu. masa dalam toilet ni aku rasa macam dah nak bersalin. nasib baik tak terkeluar Fahmi masa ni.hehe. aku pun keluar toilet cakap rasa dah nak terberak dah ni (sebenarnya ni tanda-tanda saat melahirkan dah dekat. sebab kepala baby tekan usus kita. tu yang kita akan rasa maam nak berak)... nurse2 tu apa lagi. soh aku cepat2 naik atas troli dan berlari lah diaornag bawa aku pegi Labour Room aka LR. masa ni aku nengok suami aku tak siap mendaftar aku lagi. aku dah nak masuk LR tu la baru nurse panggil suami aku untuk pergi daftar. memang hampeh perkhidmatan kat PAC ni. dan kalau korang nak tau diaorang ni utamakan warga asing dulu sebab selalunya warga-warga asing ni datang memang dah sakit sangat-sangat. jalan pun dah buka. klau orang tempatan ni konon nya biasa-biasa aje la sakitnya...
bila sampai LR staff kat sini tengah bersantai di waktu pagi. maklum la baru tukar shift. sempat lagi diaornag menyembang2 bila nurse PAC bgtau baru 5cm. tapi bila tengok aku macam dah nak teran habis semua staff tu masuk dalam bilik aku. yang bagusnya semua bagi semangat sebab bila cek kepala baby dah ada. kelang kabut la diaorang buat kerja menyiapkan segala persiapan dan alatan sambil suruh aku tunggu jap. aku pun tak perasan keadaan diaorang yang ramai keliling aku masa aku bersalin tu. sebab yang aku fikir masa ni nak keluarkan baby jer sebab aku dah sakit sesangat. tepat pukul 7.22 pagi terdengar la tangisan anak aku... masa ni la baru rasa lega. hilang segala kesakitan yang aku tanggung.. dan baru la terdengar suara sorang nurse ni cakap 'alamak, tak sempat nak panggil suami puan la'... aku pun senyum jer la. janji baby dah selamat.
dalam pukul 9lebih baru la aku ditolak masuk wad 3A. bermalam la aku kat wad ni selama 1malam sebab masa mengandung aku ada GDM (kencing manis masa mengandung). so, doc akan pantau baby dalam tempoh 24jam baru boleh keluar.
kesimpulannya, aku terlalu bersyukur kali ni. sebab walaupun terlalu banyak ujian yang datang sepanjang aku mengandungkan Fahmi, tapi ALLAH memudahkan urusan kelahiran anak aku kali ni. ALHAMDULILLAH atas rezeki dan nikmat yang KAU ber Ya Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)

