Tolong Klik Sini Jap

Monday, November 14, 2011

Budak 6 Tahun Hampir Diculik

Menakutkan betul duduk kat Malaysia sekarang. Macam-macam jenayah boleh berlaku kat mana-mana jer. walaupun kat tempat tumpuan umum. aku sangat-sangat terkesan dengan berita budak 6 tahun yang hampir diculik masa nak pegi kereta lepas makan malam bersama family dia.

apa yang aku baca dari BERITA HARIAN hari ni:
Jeritan seorang ibu memanggil anak perempuannya berusia enam tahun, menyelamatkan kanak-kanak itu daripada diculik seorang lelaki warga Kemboja ketika mereka sedang berjalan selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Taman Melati Utama di sini, malam kelmarin. (dekat dengan kawasan rumah aku ni)

Suspek berjaya diberkas bapa mangsa yang mengekori lelaki itu lebih dua kilometer dari tempat kejadian di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu, termasuk mempertaruhkan nyawa melintas (MRR2).
Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, Nurfarihah Saifuddin, sedang berjalan bersama ibunya, Rohani Abd Raof, 37, ke kenderaan mereka sebelum tiba-tiba suspek menghulur kedua-dua tangan dan cuba menerkam mangsa menyebabkan wanita berkenaan menjerit memanggil anaknya. suspek yang terkejut cuba melarikan diri sebelum beliau segera memegang tangan Nurfarihah dan memberitahu perkara berkenaan kepada suaminya, Saifuddin Abu Samah, 37, yang menunggu dalam kenderaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Saifuddin pula berkata, selepas tiga kali berpusing di deretan rumah kedai berkenaan, beliau terserempak suspek yang bersendirian di Petronas tidak jauh dari lokasi kejadian dan terus mengekorinya ke sebuah lagi stesen minyak sebelum lelaki terbabit melintas MRR2 dan berjalan di tepi laluan arah Hulu Klang. Katanya, beliau kemudian meninggalkan kenderaannya di stesen minyak terbabit sebelum nekad untuk turut melintas lebuh raya berkenaan bagi mengekori suspek dan pada masa sama menghubungi polis.

“Sebaik suspek tiba di bawah jambatan berdekatan flet blok F Taman Melati, beberapa anggota polis tiba dan menahannya sebelum dibawa ke balai polis,” katanya.

Saifuddin berkata, kejadian hampir menimpa anaknya mengingatkan beliau dengan kisah pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin kerana pernah bersama-sama bapa kanak-kanak malang itu, Jazimin Abdul Jalil, mencari mangsa kerana mereka berdua adalah rakan sekolah sekitar 1980-an.
Aku harap, kita semua dilindungi Allah dari segala jenayah yang berlaku disekeliling kita...
Lindungilah anak-anakku Ya Allah dari kejadian ini..

No comments:

Post a Comment