Tolong Klik Sini Jap

Sunday, November 20, 2011

Akhirnya Hosting Sendiri

Alhamdulillah... akhirnya berjaya gak aku dapatkan hosting dan domain sendiri. tak payah nak tumpang blogspot lagi.

P/S: Ini adalah entry terakhir saya diblog ini.
Sila lawat tapak baru saya di PENAUMI.COM

assalamualaikum

Saturday, November 19, 2011

RM50 Gift Voucher from Mommy Lily

saya saja cuba nasib join contest dari Mommy Lily ni. mana la tau ada rezeki Irdina.. boleh la beli baju gugirl yang comel-comel tu nanti.. kalau kawan-kawan nak join just  ----> klik sini ...

tarikh tutup 30 November 2011. jom join sebelum terlambat...

Projek Rintis Kerja 9Jam Dimansuhkan?

Tadi baru jer berkesempatan baca BH online. tetiba ada lagi rupanya pasal cikgu kerja 9 jam ni. alhamdulillah... ada gak yang peduli luahan hati cikgu-cikgu ni. sesungguhnya hanya cikgu yang faham situasi cikgu.walaupun aku tak terlibat dengan projek rintis nih, tapi aku turut sokong perjuangan cikgu-cikgu lain kat 4 negeri tu... harap lepas ni tak derlagi usaha untuk mempertikai waktu kerja cikgu. ingatlah sesungguhnya kejayaan anda hari ni disebabkan oleh guru-guru yang telah banyak berkorban dalam mendidik anda... peace.. ;)

ni aku lampirkan petikannya:
LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.

Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah).

Friday, November 18, 2011

Malu Kutip Hutang?

Satu masalah yang biasa aku alami untuk dikongsi hari ni ialah kutip hutang dari kawan atau saudara mara. kita sebagai perempuan ni memang tebal dengan sifat pemalu. hehe.. kadang-kadang naik geram pulak bila orang yang berhutang buat muka tak bersalah jer bila jumpa kita. kita pulak yang segan nak minta. kalau dah sekali dua minta tak dapat-dapat, tu yang kita rasa segan. tapi yang peliknya orang-orang yang pinjam ni  takder rasa malu pulak.
Gambar sekadar hiasan.
 kadang-kadang kalau dah banyak pernah tak korang terfikir nak guna cara halus? jangan sekali-kali yer kekawan.. biar kita susah kat dunia ni orang tak bayar hutang, asal kita terselamat kat akhirat dari menyekutukan ALLAH.. so, camner nak buat yer?

ni ada beberapa tips yang aku dapat dari pemerhatian dan pengalaman kekawan:
  1. Tulis bahasa kiasan kat wall FB dia. nanti kekawan dia baca mesti dia malu dan bayar hutang dengan segera.
  2. Gunakan orang tengah untuk tolong tanya.
  3. Cuba buat-buat miss call.. mana la tau kot-kot dia lupa. bila nama kita naik kat hp dia boleh la dia ingat nanti.
  4. Tips ni pulak aku dapat dari blog Lincomel , cuba amalkan ayat ni;
    “La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”
    (Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. –al-Anbiya’: 87.
    Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas kearah beliau, insyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya tasbih diatas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan lain-lain.

    Ni jer yang boleh aku kongsi untuk waktu ni. harap-harap 4 tips ni dapat digunakan. Yang penting, jangan sampai putus sahabat hanya kerana hutang . Lagi satu, kalau korang tau orang tu memang jenis yang susah nak bayar hutang,  better jangan bagi pinjam lagi elok. daripada korang bergaduh disebabkan hutang tu nanti..

    Mungkin ada kawan-kawan yang ada tips lebih bagus, boleh share kan kat ruangan komen yer... thanks.. :)

merdeka jugak akhirnya...



Alhamdulillah.. berbunga riang hati aku hari nih. merdeka juga aku akhirnya setelah mengharungi 44hari yang penuh liku.. (cheeewah.. macam berliku sangat jer)

hari ni aku keboringan.. niat hati nak buat sijil berhenti student, tapi dok tunggu email dari penyelia tingkatan bagi kedatangan budak-budak nih tak masuk inbox aku lagi.. so, aku pun membuat blogwalking jer pagi nih memandangkan Fahmi tengah lena tidur..

jap lagi nak join Fahmi gak. nak cari idea nak buat apa untuk sharing entry hari ni... ;)





(p/s:dah mula meminati dunia blog nih.. rasa macam nak beli hosting sendiri jer nanti) hehe

LcA first give away...!!!!!!


saya dah join.. kalau kawan- kawan pun nak join just ----> klik sini yer...

Selamat Hari Lahir untuk umi kalian... Semoga akan terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta hidup dirahmati disamping insan-insan tersayang...

Thursday, November 17, 2011

Contest Blog Simple But Awesome


kalau kawan-kawan nak join klik ------>  sini yer

Bagaimana Mengatakan Tidak?

Mungkin kawan-kawan pernah mengalami situasi yang sering aku lalui ni. Bila kawan kita asyik ajak join MLM, suruh beli barang yang dia jual. kita tak berminat sebenarnya. tapi hati dan perasaan kawan jugak kita perlu jaga. sebab, kadang-kadang ada gak kawan-kawan yang kita tak dapat nak berterus terang atas beberapa faktor. so, kat sini saya kongsikan tips bagaimana nak tolak ajakan kawan secara halus tanpa menyinggung hatinya..

  1. AMBIL MASA - maknanya jangan terus mengatakan tidak. cakap kat dia yang kita perlu kan masa untuk berfikir.
  2. FIKIR BERULANG KALI - adakah ini satu keperluan atau kehendak? kalau semata-mata nak jaga hati kawan, lupa kan la...
Menolak cara halus tanpa perlu kita katakan TIDAK kat dia:
  • jangan jawab telefon bila dia call
  • buat-buat lupa nak jawab SMS
  • bila jumpa buat-buat ada kerja lain
  • bila dia start nak cerita pasal bisnes dia, kalau dah tak dapat lari buat-buat tukar topik lain
insyaallah, lama-lama dia akan paham sendiri. kalau tak paham-paham gak baru la anda keluarkan perkataan-perkataan ni:
  • maafla, saya memang berminat. tapi buat masa ni saya betul-betul sibuk. nanti saya agak free sikit saya jumpa awak yer
  • maaf la.. suami/mak/ayah saya tak izinkan saya join bisnes ni
  • ooo company ni yer.. saya baru tau yang suami saya dah lama join. tapi dia tak aktif pun.. setakat nak jaga hati kawan jer. (selalunya kebanyakan MLM kalau suami register, isteri pun automatik sekali)
ok..  tu jer untuk kali ni.. harap-harap bermanfaat yer kekawan.. peace.. ;)

Begedil Idaman...

sepatutnya entry ni aku buat semalam.. tapi kerana terlalu sibuk aku pun tunda la ke hari ini... aku nak mengisahkan begedil yang aku kempunan nak makan sebelum aku bersalin hari tu.

al-kisahnya... sehari sebelum aku bersalin, aku shopping barang-barang dapur kat NSK. memang masa ni teringat-ingat dah nak buat begedil. tapi, dek kerana aku kepenatan naik turun tangga beberapa kali untuk mengangkat barang, aku dah tangguhkan niat aku tu.. konon-konon esok baru nak buat. tapi, nak dijadikan cerita, pagi tu juga aku bersalin kan Fahmi. so, harapan ku hancur...

tapi, semalam aku dah tak dapat mengawal diri. maklum la dah lebih 40hari ni boleh la try sikit-sikit semua yang pantang sebelum nih.. hehe. so, aku buka jer plastik kentang tu, kentang-kentang aku dah jadi macam ni: 
kentang yang berusia 44 hari lepas hari pembelian
 tapi, misi membuat begedil tetap kuteruskan jua.. inilah sebahagian hasilnya selepas aku kerja kan.. agak tergesa-gesa jugak sebab kadang-kadang Fahmi nangis minta ditemankan...

   
begedil idamanku... hehe

ok kawan-kawan.. sampai sini dulu coretan aku hari ni.. satu pesanan aku kalau nak buat begedil ni kentang kena goreng yer.. jangan rebus pulak.. sebab ada beberapa kawan aku gagal buat begedil ni sebab diaorang pegi rebus kentang-kentang tu..hehe

Wednesday, November 16, 2011

semak keputusan UPSR menerusi mySMS

Menurut BH online yang aku baru terjah tadi esok keputusan UPSR dah boleh semak guna SMS jer dari rumah. tak payah la nak tunggu anak balik rumah baru tau keputusan. anak-anak pun tak payah la nak berebut guna public phone kat sekolah tu nak bagitau result kat parent...hehe

PUTRAJAYA: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan mereka menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888 mulai 10 pagi esok.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November.
Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya, 9 pagi esok. - BERNAMA

Tiada Lagi PMR selepas ini !!!

ni berita yang aku dapat dari kawan-kawan yang pergi kursus berkaitan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang akan dimulakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1 tahun depan... pelajar-pelajar ini juga merupakan batch pertama yang takkan merasa menduduki PMR..


so, apa benefit nya untuk cikgu-cikgu form 1 tahun depan?
  • tak payah lagi nak susah-susah set kertas soalan...
  • tak payah susah-susah nak sort kertas dan stepler kertas soalan...
  • tak payah tergesa-gesa nak tanda paper
  • tak payah bersengkang mata mengadap SAPS
so, apa cabaran baru cikgu-cikgu form 1 ni?
  • pentaksiran sepanjang tahun akan dilakukan
  • mencari idea untuk memastikan semua pelajar akan buat kerja kursus ni
  • mengejar pelajar-pelajar kelas belakang yang selalu ponteng kelas
apa yang paling seronok untuk pelajar dengan sistem ni?
  • tentunya tak der exam
  • so, tak der kedudukan dalam kelas lagi
  • boleh tiru kerja kawan-kawan (agaknya la kot. berdasarkan pengalaman sebelum ni. terutamanya untuk pelajar yang suka ponteng)
  • cikgu tolong buat kan kerja/ bagi markah kesian (ni akan berlaku bila cikgu tak dibenarkan bagi markah kosong kat pelajar)
apa pendapat kawan-kawan dengan sistem baru nih? kita nantikan k..,
(sekali lagi aku tak terlibat dengan pelaksanaan sistem baru ni sampai la budak-budak ni nanti masuk form 4 tahun 2015) tak tau la sistem ni nanti still berjalan lagi atau tak waktu tu... aku just tunggu dan lihat jer.





Tuesday, November 15, 2011

Yusry & Lisa Surahani kahwin 2012?

betul ker apa tajuk entry nih? jangan ingat cikgu tak ambik tau dunia hiburan yer.. sejujurnya memang sejak kerja dan ada anak-anak ni minat untuk membaca cerita-cerita dunia hiburan ni dah tinggal 5% jer lagi. tapi kalau ada berita yang melibatkan artis-artis yang pernah aku minat zaman aku sekolah dulu, kadang-kadang tu aku baca jugak entry tu sampai habis. 

artis yang aku maksudkan kali ni ialah Yusry dengan Lisa Surihani. dulu aku tak kenal sangat siapa Lisa Surihani ni masa mula-mula baca gossip diaorang. lepas google baru aku tau rupa-rupanya AYU dalam cerita Lagenda Budak Setan tu.. memang lawa dia ni. so, sesuai la dengan Yusry jejaka yang pernah jadi idaman Malaya satu waktu dulu.

hari ni aku terbaca berita yang mengatakan diaorang akan berkahwin tahun 2012. dan ASTRO dah pun dapatkan hak ekslusif untuk menyiarkan majlis perkahwinan diaorang nih.. harap-harap jodoh diaorang berpanjangan la hendaknya..

Langgar Pantang

akhirnya... di hari yang ke-42 ini aku dah langgar pantang.. puncanya aku teringin sangat nak buat kuih untuk anak-anak. disamping tu aku nak join makan sekali. sebab kalau kuih lapis ni tak payah guna telur. so, pagi tadi balik bawa Fahmi dari klinik aku pun beli la apa-apa barang yang aku tengok tak lengkap lagi..

bila tiba jer time nak masak sekali tengok tepung beras aku dah expired la pulak.. hancur luluh harapan.. tapi, lepas tu tetiba kepala otak suruh buat puding roti. aku cek, bahan semua lengkap. so, apa lagi... dengan pantasnya aku pun mengukus semua bahan-bahan yang dah lengkap.

gambar ni aku google. tak sempat nak tangkap yang aku buat sendiri..hehe

lepas beberapa jam... aku pun melantak la dengan nikmatnya. mula-mula ingat tak nak masuk peti ais. tapi, bila tengok macam lembik jer sikit aku pun masukkan la dalam peti ais untuk memudahkan anak-anak aku makan bila dah keras nanti. dan niat dalam hati, konon-konon aku tak nak makan dah. tapi... akhirnya aku makan jugak. maklumla.. dah 42 hari berpantang.. hehe.. so, 2 pantang yang aku dah langgar hari ni:
  • makan telur
  • makan makanan sejuk dari peti ais
harap-harap tak der apa-apa la yang jadi. memang betul la orang kata.. saat-saat akhir dugaan memang lagi hebat. dalam kepala macam dah tau jer nak masak apa esok.. bila tengok bahan-bahan dah lengkap. hari tu beli tak sempat masak sebab pagi tu juga dah beranak...hehe

RM100 untuk pelajar

waaah.. baca status kekawan kat FB hari ni semuanya bercerita pasal duit rm100 yang kerajaan bagi kat pelajar-pelajar. awalnya la diaorang dapat. mesti best kan. harap-harap dapat meringankan beban ibu bapa. ni juga menunjukkan masa untuk mengundi dah semakin hampir..hehe.. (so,faham-faha sendiri la).



dari perspektif pelajar dan ibu bapa mesti seronok. tapi kesian cikgu-cikgu. kerahan tenaga dan menambah beban kerja di saat-saat genting nak siapkan kerja-kerja lain hujung-hujung tahun ni. dah la masa singkat. nak pulak time ni banyak sekolah yang dah bagi cuti kat pelajar-pelajar sempena SPM ni. tak pasal-pasal cikgu kena menghubungi semua parent untuk datang sekolah ambik duit ni. yang melayangnya duit cikgu sebab nak call terpaksa guna hp sendiri. tak kan nak guna phone sekolah kot. phone satu jer. cikgu kelas ramai. sorang cikgu nak call 40++ orang. tu belum kira yang salah nombor telefon yang pelajar bagi lagi tu.. sebab tu tak heran ada aku dengar kawan aku yang terpaksa call parent tengah-tengah malam sebab siang diaorang kerja. so, tak der orang angkat phone.

 ni la salah satu tugas murni cikgu yang orang tak nampak. diluar waktu sekolah. guna duit sendiri. mana boleh claim top up. so, hargailah ikgu-cikgu kat Malaysia ni. jangan nak mengata kami cikgu-cikgu ni kerja senang sebab balik awal..

sebenarnya aku tak terlibat pun.. sebab tengah cuti bersalin. cuma menghargai usaha kawan-kawan yang dipaksa mengagihkan semua duit dalam masa 3hari ni. kami yang menurut perintah.  peace...;)

Monday, November 14, 2011

GIVEAWAY

malam ni bila buat blogwalking tetiba terjumpa entry pasal giveaway. sebelum ni tak pernah ambik tau pun. so, tak tau kenapa dengan excitednya aku join beberapa GA yang aku rasa senang dan aku tau nak follow syarat-syarat dia malam ni. sebab ada beberapa GA aku tak faham camner nak join lagi.. maklum la. aku ni dalam proses nak belajar jer baru. tu yang buat yang senang-senang jer dulu.. Insyaallah kalau ada kelapangan, aku join lagi GA yang lain...

kalau ada rezeki alhamdulillah..hehe.. insyaallah, ada peluang aku pun nak buat GA gak kat blog aku ni.. tengah fikir nak buat tentang apa...

Iris's Birthday Giveaway

sempena Iris's Birthday Giveaway kawan-kawan boleh klik sini kalau nak join...

HAPPY BIRTHDAY UNTUK ADIK iris... SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH DAN DAPAT MEMBELA BANGSA DAN AGAMA...

Giveaway My Granny Square


Giveaway My Granny Square... Sila klik sini kalau nak join.. KLIK SINI.
tarikh tutup 20 November 2011.

Fahmi Sedut Gas...

hari yang ke 41... Walaupun ni anak yang ketiga, tapi ni la 1st time aku bawa anak pegi sedut gas sebab kahak yang banyak dalam badan dia. sebelum ni doktor ada bagi ubat. tapi tak berkesan untuk mencairkan kahak dia.ada beberapa kemungkinan yang aku rasa menyebabkan Fahmi susah sikit nak sembuh :
  • selalu kena cium oleh abang dan kakak dia (sebelum ni Irdina selsema. tapi dia dah ok, Fahmi plk yang tak elok-elok lagi sampai sekarang.)
  • sentiasa berkipas. kalau malam kipas terpaksa dipasang sebab Syauqi dan Dina akan berpeluh-peluh kepanasan kalau tutup kipas.
  • fahmi pun sekarang kalau aku matikan kipas akan meragam. bila aku pasang kipas baru dia senyap...
akibat dari kahak yang menyebabkan nafas dia berbunyi ni, sampai sekarang Fahmi tak cucuk lagi vaksin untuk baby sebulan. ni menyebabkan aku tak tau berapa berat Fahmi sekarang. namun atas permintaan ramai kawan-kawan kat FB yang nak tau berat fahmi bila aku uplod gambar terkini dia kat FB, aku pun sempat timbang dia sekejap tadi lepas ambik gas kat klinik.. berat Fahmi hari yang ke-41 adalah 5kg.. bila aku cek dari graf yang ada, berat ni menyebabkan Fahmi menghampiri garisan obesiti. aku kena start control dari sekarang la nampaknya... hehe .. berapa berat anak korang masa cek sebulan yer? jom share... ;)

Budak 6 Tahun Hampir Diculik

Menakutkan betul duduk kat Malaysia sekarang. Macam-macam jenayah boleh berlaku kat mana-mana jer. walaupun kat tempat tumpuan umum. aku sangat-sangat terkesan dengan berita budak 6 tahun yang hampir diculik masa nak pegi kereta lepas makan malam bersama family dia.

apa yang aku baca dari BERITA HARIAN hari ni:
Jeritan seorang ibu memanggil anak perempuannya berusia enam tahun, menyelamatkan kanak-kanak itu daripada diculik seorang lelaki warga Kemboja ketika mereka sedang berjalan selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Taman Melati Utama di sini, malam kelmarin. (dekat dengan kawasan rumah aku ni)

Suspek berjaya diberkas bapa mangsa yang mengekori lelaki itu lebih dua kilometer dari tempat kejadian di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu, termasuk mempertaruhkan nyawa melintas (MRR2).
Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, Nurfarihah Saifuddin, sedang berjalan bersama ibunya, Rohani Abd Raof, 37, ke kenderaan mereka sebelum tiba-tiba suspek menghulur kedua-dua tangan dan cuba menerkam mangsa menyebabkan wanita berkenaan menjerit memanggil anaknya. suspek yang terkejut cuba melarikan diri sebelum beliau segera memegang tangan Nurfarihah dan memberitahu perkara berkenaan kepada suaminya, Saifuddin Abu Samah, 37, yang menunggu dalam kenderaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Saifuddin pula berkata, selepas tiga kali berpusing di deretan rumah kedai berkenaan, beliau terserempak suspek yang bersendirian di Petronas tidak jauh dari lokasi kejadian dan terus mengekorinya ke sebuah lagi stesen minyak sebelum lelaki terbabit melintas MRR2 dan berjalan di tepi laluan arah Hulu Klang. Katanya, beliau kemudian meninggalkan kenderaannya di stesen minyak terbabit sebelum nekad untuk turut melintas lebuh raya berkenaan bagi mengekori suspek dan pada masa sama menghubungi polis.

“Sebaik suspek tiba di bawah jambatan berdekatan flet blok F Taman Melati, beberapa anggota polis tiba dan menahannya sebelum dibawa ke balai polis,” katanya.

Saifuddin berkata, kejadian hampir menimpa anaknya mengingatkan beliau dengan kisah pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin kerana pernah bersama-sama bapa kanak-kanak malang itu, Jazimin Abdul Jalil, mencari mangsa kerana mereka berdua adalah rakan sekolah sekitar 1980-an.
Aku harap, kita semua dilindungi Allah dari segala jenayah yang berlaku disekeliling kita...
Lindungilah anak-anakku Ya Allah dari kejadian ini..

Sunday, November 13, 2011

Berpantang Hari ke-40

ai.. tak sabarnya la nak tunggu 44hari habis pantang ni. banyak benda yang aku tak sabar nak masak dan nak makan nih.. dah 45hari nanti pun teringin nak minum air sejuk sikit pun jadi la. sekarang tak berani lagi. hari ni baru 40hari.hehe..

bab makan memang aku jaga pantang betul. tapi bab berjalan walaupun belum 44hari aku 'pantang' bila suami aku ajak keluar berjalan. pantang dia sebut jer mesti aku setuju.. hehe. outing pertama Fahmi selain pergi klinik untuk cek kuning dia sebelum ni (aku tak kira yer) kitaorang balik rumah kakak aku kat Kuala Selangor pada hari yang ke31. masa ni kitaorang keboringan beraya di KL. sebab ni 1st time aku dan suami raya haji kat kl lepas kitaorang kawin. sampai aku lupa camner raya kat sini. selalunya kitaorang balik kelantan. kat sana tersangatlah meriah dengan memakan daging korban sepanjang hari dan berhari-hari.. kitaorang balik hari jer. balik dari rumah kakak aku tu, sempat la aku merewang masuk NSK cari barang dapur sikit. Fahmi adik aku jaga dalam kereta sebab masa dah nak malam.

lepas tu semalam pulak hari ke 39 Fahmi melihat dunia. sekali lagi kitaorang keluar sebelum waktunya. hehe. tujuan awal nak pergi Tasik Titiwangsa bawa Fahmi ambik matahari pagi. elok jer siap, nak masuk kereta hari pun hujan. Syauqi & Dina bukan nak masuk rumah balik. akhirnya aku tukar fikiran pegi Tesco jer beli stroller. senang sikit nak berjalan. petang tu akhirnya kitaorang pegi juga Titiwangsa ambik angin. nasib baik tak ikut Papa dengan Syauqi pegi jeti naik sampan. kalau tak confirm kena hujan la. kitaorang tunggu tepi tasik jer. sempat la lari masuk pondok bila nak hujan. Ni sampan yang diaorang naik.
gambar just nak tunjuk jer. ni sebelum besalin dulu.
fahmi dalam stroller baru di Titiwangsa   
hari ke-40 berpantang... sebenarnya sekali lagi kitaorang sepatutnya pegi main layang-layang kat Taman Metro Prima. tapi hari hujan la pulak. so, niat terpaksa dibatalkan. just duduk rumah jer la nampaknya. sebagai ganti, esok papa janji nak bawa Syauqi pergi ofis. (maklum lah bos tengah pegi haji. boleh la bawa anak.hehe)

itu jer coretan aku untuk hari ni... jumpa lagi di lain entry.. assalamualaikum... ;)

KEMUNGKINAN GAJI CIKGU DALAM SBPA

kali ni nak cerita pasal gaji pulak.. memandangkan aku baru mendapat kenaikan gaji bulan lepas. tu yang tiba-tiba berminat nak mencari maklumat pasal gaji baru yang akan naik tahun depan pulak. entry ni aku dapat dari blog cikgu rahman.

mengikut tulisan dalam blog ni bila di analisa balik gaji SSM bagi gred DG menyatakan bahawa gaji permulaan dalam SBPA nanti akan merujuk kepada tangga yang paling bawah sekali dalam setiap gred. than, ni la analisa yang dibuat:


Gred               Beza (P1-P2 @ P1-P3)
-------------------------------------------
DG 29             12.91%
DG 32             8.7%
DG 34             6.99%
DG 41             11.41%
DG 44             10.68%
DG 48             9.91%
DG 52             9.48%
DG 54             8.77%
-------------------------------------------

Makanya, setelah dikira semula dapatlah satu lagi jadual baru gaji cikgu dalam SBPA nanti.. ni hasil pegiraan menggunakan Janjang Arimetik.

Ni gaji DG 48 mengikut idea dari blog cikgu rahman.

                               T14 = T1 + (14-1) d
                             8710 = 4786.37 + 13d
                                   d = (8710 - 4789.37) / 13  
                                   d = RM 301.818
 
Ni gaji DG 44.....
                              d x 0.3504 = b
                              301.818 - b = d
                              d = 301.818 - (d x 0.3504)
                              d x 1.3504 = 301.818
                              d = 301.818 / 1.3504
                              d = RM 223.50

Ni pulak Gaji DG 41......
                                Untuk T1 hingga T17:                
                                d x 1.2253 = b
                                301.818 - b = d
                                d = 301.818 / 2.2253
                                d = RM 135.63

Sokong NUTP Bantah Guru Kerja 9 Jam di FB

hehehe.. baru semalam keluar berita negeri mana yang terlibat untuk bekerja 9 jam, hari ni bila aku berjalan-jalan membaca berita terjumpa pulak group ni di FB.. nama group ni SOKONG NUTP BANTAH GURU KERJA 9 JAM.

Buat guru-guru yang nak dapatkan maklumat terkini dan bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan sejawat yang lain, boleh la join group ni k. aku setuju dengan pendapat kawan-kawan dalam group ni. sebenarnya cikgu memang dah biasa bekerja lebih dari 9jam sehari menyelesaikan pelbagai kerja yang sukarela dan yang tak rela.  heeh. so, tak menjadi masalah bila di suruh bertugas setakat 9jam. yang menjadi masalah, bila orang lain dok pertikai kerja yang kita buat ikhlas selama ni dah jadi tak sedap. dah mula rasa nak minta dibayar juga macam pegawai-pegawai lain dapat. kan dah kurang keikhlasan cikgu.

apa pun kekawan, kita sebagai cikgu kena lah sentiasa menurut perintah. just tunggu dan lihat apa keputusannya nanti. yang penting tak kisah berapa jam pun cikgu kerja, cikgu tetap menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan redha... peace.hehe

Tragedi 11.11.11

Mungkin ramai yang menunggu tarikh cantik 11.11.11 untuk meraikan hari bahagia mereka. namun ini tidak berlaku kepada mangsa-mangsa kemalangan di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan yang terletak 100 meter dari hentian sebelah Behrang pada tarikh tersebut.

Tragedi ini amat menyentuh hati kerana ianya melibatkan bas yang membawa pelajar dan guru dalam perjalanan untuk pergi bercuti. Dari apa yang aku baca, sebenarnya semua mangsa terselamat dan dapat keluar dari bas selepas bas ni terbalik. namun, ajal maut semua ditentukan Allah. Tidak lama selepas semua peserta keluar dari bas,  datang sebuah treler yang membawa guni pasir melanggar bahagian belakang bas dan seterusnya merempuh kumpulan rombongan tersebut.

Peserta rombongan yang terbunuh melibatkan 2 orang pelajar Khairul Anwar Azhan, 15 serta Maysarra Zaidi, 15 dan seorang guru pengiring, Siti Hajar Mohamad. 33. apa yang lebih menyayat hati, kemalangan ini  turut mengorbankan Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, Basarah Saad, 45. beliau bukanlah peserta rombongan yang berada di dalam bas sekolah tersebut, tetapi beliau merupakan peserta rombongan Wanita UMNO yang menaiki bas berlainan. hadir di tempat tersebut semata-mata untuk membantu mangsa kemalangan.

Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban. semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru bukan lah pada waktu bekerja di sekolah semata-mata.


Saturday, November 12, 2011

Cikgu Kerja 9Jam

Mengikut sumber yang aku baru terbaca tadi, kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya NUTP menyatakan pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran. Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Apakah reaksi rakan-rakan sekalian?? hehehe.. kalau aku la rasa bersyukur sangat-sangat sebab KL tak terlibat. tapi kalau nak ikutkan 6bulan jer percubaan, aku rasa cikgu-cikgu memang dah lebih 9jam pun kalau awal-awal tahun tu. nak kena terlibat aktiviti koko la, latihan sukan la, latihan kawad la. kursus LDP la dan macam-macam latihan lagi. kadang-kadang kalau raptai sukan tu sampai 6.30 baru balik. tak ker dah 11jam cikgu kerja.

pada pendapat aku la. kalau nak buat gak cikgu kerja 9jam, boleh jer tak der masalah. sebab cikgu-cikgu ni memang saya yang menurut perintah sentiasa. tapi boleh ker bagi cikgu OT macam pegawai-pegawai lain dapat kalau kerja lebih masa? lepas tu boleh ker hari Sabtu jangan soh cikgu datang sekolah? kalau nak suruh jugak kira OT la. betul x? bukan apa ramai sangat yang anggap cikgu ni senang balik awal. tapi diaorg tak tau beban kerja yang cikgu bawa balik kat rumah. jabatan lain ada ker?

ni sekadar pendapat aku la. kalau ada kawan-kawan yang nak share just tinggal komen k... peace...

Friday, November 11, 2011

Pengawas SPM

hari ni yang hangat kat sekolah mesti la pasal meeting untuk pengawas SPM kan?selalu kat sekolah ni la paling bermasalah bila cikgu-cikgu semua berebut tak nak jaga SPM. kesian PK mencari orang yang sanggup..hehe.

tahun ni patutnya aku kena jaga SPM gak.tapi disebabkan aku tengah bercuti,so adalah sorang kawan yang sanggup menggantikan aku. terima kasih kat ZULFAZLAN sebab dah menggantikan aku untuk tahun ni. Sebenarnya aku memang dah niat nak ganti balik jaga SPM untuk ko thn2 lepas ni, tapi disebabkan ko dah pindah aku minta halal jer la yer..hehe

5 Cekal 2011

Memandangkan mood SPM yang tengah memuncak, dalam entry ni aku nak cerita pasal budak-budak kelas yang aku jaga sepanjang 2010 sampai la 2011 nih. sebelum aku cerita panjang jom tengok wajah-wajah diaorang...
hari guru 2011

muka cikgu yang serius dalam makmal... hehe
bila bab kelas, insan yang mungkin aku tak lupa dan paling banyak membantu aku sepanjang 2tahun ni tak lain la Monitor aku GERALD. aku tengok dia seorang yang bertanggungjawab dan macam selalu kena buli dengan kawan-kawan dalam kelas ni. selalu nak selamatkan kawan-kawan dia. dan aku paling suka sikap hormat dia kat aku walau camner aku marah dia pun. but, deep inside my heart i want u 2 know that u r da best monitor that i have.
 kalau ada monitor mesti ada assistant kan? so, tahun ni MABEL banyak membantu  Gerald. tambah2 dalam keadaan aku berbadan dua dan tak larat nak panjat blok baru. juga seorang yang baik dan menghormati guru. tahun lepas AMANDA assistantnya. tapi mungkin tak dapat nak bagi full komitmen sebab majority dalam kelas ni Cina. tu yang diaorang tukar.betul ker?hehe
 seterusnya student yang paling banyak tolong aku waktu subjek Kimia CHEE WENG. sangat bertanggungjawab dalam mengutip buku kawan-kawan dan sentiasa update aku sapa2 yang cuba tak buat kerja. tapi selalu tu ada gak yang lepas sebab aku dah tak larat nak kejar macam JONATHAN, RAFIQ, DASHALINEE, MING HIN, LEONG FAI dan beberapa nama lagi yang aku dah lupa. (maklumla. dah bercuti hampir 2bulan. hehe)
JIUN YIN & HER CHIN yang 2orang ni pulak student yang selalu dapat markah tertinggi dalam subjek aku. diaorang selalu bersaing secara sihat. tapi kalau buat eksperimen Her Chin selalu buat aku sakit jantung dengan tindakan yang aku tak jangka. Gang dia yang selalu buat benda merapu dalam makmal tak lain la si CHUN YIT, JING CHON, FOO CHING PHANG, VEAN TAT & KOK HAU. Jing Chon gak dah catat sejarah tahun ni sebab melompat dari makmal fizik ke makmal kimia. kes dia juga menyebabkan Pn Siti Liah bertikam lidah dengan aku.
KIM CHOON, HUEI SHEN, POE KAY. 3pengawas yg suka duduk kat bilik disiplin. tapi kerja aku semua diaorang buat. so, tak de la nak marah sangat. diaorang ni memang kategori student aku yang bersopan, ringan tulang dan menghormati guru.
 BALDEEP, DASHALINEE, EDRIC, CHINDURA, JONATHAN, RAFIQ, ELAINE, NAVJIT. ni la insan yang sangat suka mendapat surat cinta dari aku sebab tak datang sekolah. dan maybe diaorang la yang paling happy bila aku cuti bersalin sebab dah tak der sapa yang akan hantar surat cinta untuk diaorang lagi.
LEONG FAI, CHEE WENG, GANG YANG, KAH YAN, CHAI YENG, KELVIN... pantang ada acara diaorang la yang paling sibuk nak keluar kelas pegi susun kerusi meja. maklum la Quatermaster la katakan. kalau time lain aku tak kisah sangat. tapi bila time aku, memang tension la bila ramai yang nak keluar.
PEI SAN, SHU YI, PEI FENN, XIN RUE, SHIN YI, HUI XIAN pelajar yang tak banyak buat bising dalam kelas atau lebih tepat lagi masa aku. waktu lain tak tau la. rasa-rasanya ada ckgu lain komplen PEI FENN banyak cakap masa diaorang. PEI SAN juga orang yang selalu aku harapkan untuk tolong bayar duit maintanance rumah yang aku sewakan kat orang. sebab rumah dia sebelah blok aku jer.
 Aku rasa ni la kisah student aku untuk kali ni. walau macam mana aku marah diaorang pun, hati aku tetap sayang kat diaorang. aku doakan semoga semuanya berjaya dalam SPM dengan cemerlang terutamanya subjek KIMIA.jumpa lagi masa ambik result next year... all da best n may god bless u all.

Thursday, November 10, 2011

Keputusan Tukar Sekolah

aku yakin isu hangat pagi ni kat semua sekolah mesti berkaitan keputusan pertukaran yang korang dah minta kan? aku pun teringin gak nak pindah sekolah sebenarnya. tapi tak der feel lagi nak isi borang tukar nih.. sebab aku selalu fikir, kalau pegi sekolah lain mesti persekitaran dah tak sama.
  • kat Maluri ni kerani buat kerja semua tip top. so far aku tak pernah bermasalah lagi.. aku takut nak pegi sekolah lain sebab dengar cerita kawan2 ada yang kena pegi Putrajaya sendiri semata-mata nak uruskan pasal gaji. sekarang ni pulak yang terbaru untuk batch yang sama-sama posting dengan aku pasal sah jawatan. macam2 masalah yang aku dengar. alhamdulillah segala urusan aku telah dipermudahkan. (special thanks to Kak Ana, Kak Zu, Kak Ina, Kak Zura & En Hanafiah) 
  • yang kedua, aku risau kalau kena mengajar petang jer kat sekolah baru tu nanti. bukan apa, aku dok fikir kan anak2 yang hantar kat nurseri tu.. mau masak aku bayar OT diaorang kalau dah hari-hari balik lambat. petang tau jer la jalan-jalan kat KL ni camner..
  • yang ketiga, aku risau kat sekolah baru tu nanti aku x dapat ajar option aku.. mesti der kepuasan nanti bila kita mengajar bukan bidang kita. banyak kekawan yang dapat bukan option. aku kat Maluri ni alhamdulillah dapat mengajar Kimia dengan Sains.. memang rezeki aku masa mula-mula posting sekolah ni tak cukup cikgu Kimia.. (tapi sekarang dah terlebih.. betul ker kak farizam? betul la kot.. hehe)
tu jer la kot yang paling merisaukan aku. 3benda ni membuatkan aku berfikir 10kali setiap kali kawan2 lain sibuk mengisi borang tukar.. walaupun tension kerja kat sini membuatkan aku selalu rasa nak tukar sekolah, tapi aku rasa kat mana-mana pun kerja cikgu tetap macam ni...

so, kepada kawan-kawan yang dapat tukar aku ucapkan tahniah. semoga success kat sekolah baru. setakat ni yang aku tau permohonan berjaya Kak Chua, Fazlan Iskandar, kak Khodijah dengan Yoges, ingat2 la kitaorang kat Maluri ni yer..
kepada kawan-kawan yang tak berjaya, sabar yer. maybe belum rezeki lagi. aku seronok sebab akan bersama korang lagi kat Maluri tahun depan. tetiba rasa nak tepek pulak lencana Maluri kat entry nih buat kenangan.. mana la tau nanti kalau aku tukar sekolah jugak..hehe

Hadirnya Fahmi Aqasha...

memandangkan aku tengah cuti bersalin ni.. maka entry aku yang kedua ni adalah cerita saat-saat Fahmi Aqasha dilahirkan. Alhamdulillah antara ketiga-tiga anak aku Fahmi adalah yang paling senang untuk dilahirkan sebab aku tak perlu menjalani pembedahan ataupun induce macam anak-anak yang sebelum ni. Semoga Fahmi juga akan menjadi anak yang soleh dan mempunyai akhlak terpuji...

5 Oktober 2011.. Dalam pukul 4pagi aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.. bila pergi toilet memang sah dah keluar tanda darah sikit. tapi aku x rasa sakit pun. mula-mula aku nak abaikan jer dan sambung tidur balik. tapi aku dok teringat kata-kata kawan aku wan any safrina...  takut gak kalau aku terbersalin dalam kereta memandangkan perjalanan nak pegi HKL tu akan menempuh kawasan yang padat dengan kereta sampai pukul 10pagi.. buatnya terperangkap dalam jam, x ker naya jer nanti. pastu aku kejut encik suami ajak pegi hospital. bila dia kata ok maka aku pun bersiap-siap la.. elok azan Subuh berkumandang kitaorang pun bertolak la pegi hospital dalam pukul 6pagi. nasib baik adik-adik ipar aku tidur kat rumah malam ni. so, aku telah mengamanahkan Mohd Hafizuddin aka Din untuk menghantar anak2 aku yang lagi 2 orang (syauqi & dina) tu pegi nurseri.
elok jer sampai tempat parking hospital, air ketuban pun pecah. berdasarkan pengalaman Irdina dulu aku agak lagi 6jam bersalin la ni.. bila dah sampai PAC doc cek bukaan dah 5cm. tapi malang nasib aku sebab masa ni nurse tengah sibuk nak tukar shift. aku nak pegi toilet tapi diaorg tak bagi. tapi semua buat kerja masing-masing mengira stok dan ntah apa2 kerja lagi. bila dah lama sangat tunggu dengan perasaan bengang aku pun turun dari stretcher tu pegi toilet sendiri. ada sorang nurse baru la terkedek-kedek ikut aku. tak bagi aku kunci pintu. masa dalam toilet ni aku rasa macam dah nak bersalin. nasib baik tak terkeluar Fahmi masa ni.hehe. aku pun keluar toilet cakap rasa dah nak terberak dah ni (sebenarnya ni tanda-tanda saat melahirkan dah dekat. sebab kepala baby tekan usus kita. tu yang kita akan rasa maam nak berak)... nurse2 tu apa lagi. soh aku cepat2 naik atas troli dan berlari lah diaornag bawa aku pegi Labour Room aka LR. masa ni aku nengok suami aku tak siap mendaftar aku lagi. aku dah nak masuk LR tu la baru nurse panggil suami aku untuk pergi daftar. memang hampeh perkhidmatan kat PAC ni. dan kalau korang nak tau diaorang ni utamakan warga asing dulu sebab selalunya warga-warga asing ni datang memang dah sakit sangat-sangat. jalan pun dah buka. klau orang tempatan ni konon nya biasa-biasa aje la sakitnya...
bila sampai LR staff kat sini tengah bersantai di waktu pagi. maklum la baru tukar shift. sempat lagi diaornag menyembang2 bila nurse PAC bgtau baru 5cm. tapi bila tengok aku macam dah nak teran habis semua staff tu masuk dalam bilik aku. yang bagusnya semua bagi semangat sebab bila cek kepala baby dah ada. kelang kabut la diaorang buat kerja menyiapkan segala persiapan dan alatan sambil suruh aku tunggu jap. aku pun tak perasan keadaan diaorang yang ramai keliling aku masa aku bersalin tu. sebab yang aku fikir masa ni nak keluarkan baby jer sebab aku dah sakit sesangat. tepat pukul 7.22 pagi terdengar la tangisan anak aku... masa ni la baru rasa lega. hilang segala kesakitan yang aku tanggung.. dan baru la terdengar suara sorang nurse ni cakap 'alamak, tak sempat nak panggil suami puan la'... aku pun senyum jer la. janji baby dah selamat.
dalam pukul 9lebih baru la aku ditolak masuk wad 3A. bermalam la aku kat wad ni selama 1malam sebab masa mengandung aku ada GDM (kencing manis masa mengandung). so, doc akan pantau baby dalam tempoh 24jam baru boleh keluar. 

kesimpulannya, aku terlalu bersyukur kali ni. sebab walaupun terlalu banyak ujian yang datang sepanjang aku mengandungkan Fahmi, tapi ALLAH memudahkan urusan kelahiran anak aku kali ni. ALHAMDULILLAH atas rezeki dan nikmat yang KAU ber Ya Allah...

Wednesday, November 9, 2011

Detik Permulaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pebaca blog ku ini. Balik jer dari klinik tadi tak tau kenapa tiba-tiba hati ini begitu membara nak menulis semula... mengasah bakat aku yang dah lama terpendam. Ingat lagi, rasanya kali terakhir bakat terpendam aku ni aku gunakan adalah masa aku menamatkan tingkatan 5 kat SAB (SMK Aminuddin Baki) dulu.. Memandangkan sekarang aku sedang bercuti panjang, aku merasakan banyak masa aku yang terluang. so, sebagai permulaan ni aku akan menceritakan aktiviti harian aku sebagai ibu yang tengah berpantang aka bercuti dan mengimbau detik-detik kenangan dalam hidup aku sepanjang bergelar seorang insan. tak best rasanya entry permulaan kalau aku tak memperkenalkan diri aku dan family...
ni lah 'aku'.. membawa nama Siti Khalijah sepanjang memijak bumi Allah ini...:)


ni pulak gambar insan-insan yang paling aku sayang dalam hidup aku selepas abah dengan mak aku.. walaupun diaorang dah takder, tapi abah dengan mak tetap bertahta di hati aku untuk selamanya...

suami aku Saipuzan.. anak sulong aku Syauqi Marzuq, puteri tunggal aku Irdina Arissa dan sorang lagi permata hati aku yang baru melihat dunia ni Fahmi Aqasha...

Sampai sini dulu entry aku untuk permulaan. Sebelum korang boring. hehe.. Salam Perkenalan dari aku untuk semua.. Oppsss... sebelum terlupa ni pic wajah-wajah kesayanganku:

Syauqi, Papa, Irdina






Fahmi