Tolong Klik Sini Jap

Sunday, November 13, 2011

Sokong NUTP Bantah Guru Kerja 9 Jam di FB

hehehe.. baru semalam keluar berita negeri mana yang terlibat untuk bekerja 9 jam, hari ni bila aku berjalan-jalan membaca berita terjumpa pulak group ni di FB.. nama group ni SOKONG NUTP BANTAH GURU KERJA 9 JAM.

Buat guru-guru yang nak dapatkan maklumat terkini dan bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan sejawat yang lain, boleh la join group ni k. aku setuju dengan pendapat kawan-kawan dalam group ni. sebenarnya cikgu memang dah biasa bekerja lebih dari 9jam sehari menyelesaikan pelbagai kerja yang sukarela dan yang tak rela.  heeh. so, tak menjadi masalah bila di suruh bertugas setakat 9jam. yang menjadi masalah, bila orang lain dok pertikai kerja yang kita buat ikhlas selama ni dah jadi tak sedap. dah mula rasa nak minta dibayar juga macam pegawai-pegawai lain dapat. kan dah kurang keikhlasan cikgu.

apa pun kekawan, kita sebagai cikgu kena lah sentiasa menurut perintah. just tunggu dan lihat apa keputusannya nanti. yang penting tak kisah berapa jam pun cikgu kerja, cikgu tetap menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan redha... peace.hehe

2 comments:

  1. saya sokong pandangan tu. keikhlasan cikgu tercondong bila macam2 pandangan "bukan cikgu" dalam hal ni...Guru Kerja 9.

    Bukan nak mengungkit tapi bila dah disebut2 rasa macam dah malas nak laksanakan tugas, ada golongan kata cikgu banyak cuti, gaji cikgu lebih, macam-macam. Sekolah belum lagi cuti, tapi tugasan masa cuti dah berderet-deret...

    * 16-17 Nov '11 - Kursus Kurikulum baru dlm mata pelajaran

    * 17-25 Nov '11 - Jambori Pengakap Ke-12

    * 29 Nov - 7 Dis '11 - Pemurnian Majalah Sekolah

    * 23 Nov '11 - Kelas akhir menjelang peperiksaan (Paper STPM hari tu)

    * 14 Dis '11 - Kelas akhir menjelang peperiksaan (Paper STPM hari tu)

    Jadi, rasa mcm tak timbul sangat cerita cikgu banyak cuti... sangat sesuai kerja macam kakitangan pejabat ke, apa ke... ada ke orang pejabat turun padang sama-sama berkhemah dengan student?

    Maaf ye, terluah perasaan. Kalau kerja kita dipertikaikan... sakit hati kita. Roboh keikhlasan kita!

    ReplyDelete
  2. betul tu..org tak nampak kerja sampingan yang cikgu kena buat. yang dia tau cikgu balik kerja awal... tu jer yang nak dipertikaikan.

    ReplyDelete