Tolong Klik Sini Jap

Saturday, November 12, 2011

Cikgu Kerja 9Jam

Mengikut sumber yang aku baru terbaca tadi, kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya NUTP menyatakan pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran. Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Apakah reaksi rakan-rakan sekalian?? hehehe.. kalau aku la rasa bersyukur sangat-sangat sebab KL tak terlibat. tapi kalau nak ikutkan 6bulan jer percubaan, aku rasa cikgu-cikgu memang dah lebih 9jam pun kalau awal-awal tahun tu. nak kena terlibat aktiviti koko la, latihan sukan la, latihan kawad la. kursus LDP la dan macam-macam latihan lagi. kadang-kadang kalau raptai sukan tu sampai 6.30 baru balik. tak ker dah 11jam cikgu kerja.

pada pendapat aku la. kalau nak buat gak cikgu kerja 9jam, boleh jer tak der masalah. sebab cikgu-cikgu ni memang saya yang menurut perintah sentiasa. tapi boleh ker bagi cikgu OT macam pegawai-pegawai lain dapat kalau kerja lebih masa? lepas tu boleh ker hari Sabtu jangan soh cikgu datang sekolah? kalau nak suruh jugak kira OT la. betul x? bukan apa ramai sangat yang anggap cikgu ni senang balik awal. tapi diaorg tak tau beban kerja yang cikgu bawa balik kat rumah. jabatan lain ada ker?

ni sekadar pendapat aku la. kalau ada kawan-kawan yang nak share just tinggal komen k... peace...

2 comments:

  1. menurut perintah yer, tunggulah rungutan yang bertali arus yang akan muncul di semua akhbar perdana. penatlah, letihlah, tak adil lah. cikgu nih golongan manja dan kaki merungut. tengok saja.

    ReplyDelete
  2. walaupun banyak komplen, kerja tetap jalan juga kalau dah diarahkan.. itu la maknanya kami yang menurut perintah...

    ReplyDelete